Thursday, 6 December 2012

Kisah Lelaki Jelek


KISAH LELAKI JELEK BERISTERIKAN PEREMPUAN CANTIK






 :: Telah diceritakan oleh Al-Imam al-Asma'ierahimahullah. Aku masuk
ke kampung Badwi,lalu aku bertemu dengan seorang wanita yang cantik bersuamikanseorang lelaki yang jelek.Lalu aku bertanya kepada wanita itu : “ Adakah kamu redha bersuamikan lelakiseumpama ini ” Jawab wanita itu : “DIAM!!. Sesungguhnya
kamu telah berkata sesuatu yang buruk.Kemungkinan pada suatu ketika dahulu suamiku pernah melakukan ketaatan kepada Allah.Lalu Allah membalas kebaikannya dengan menjadikan aku sebagai isterinya…..atau aku yang pernah melakukan maksiat kepada Allah, lalu Allah membalas keburukanku dengan menjadikan dia sebagai
suamiku. Maka adakah aku tidak redha terhadap apa yang Allah redha buatku? ” Lalu kata Imam al-Asma'ie
rahimahullah : “ Wanita tersebut telah mendiamkan aku ” Sumber : Kitab As-Siasah Bayna Az-Zaujain fi Al-
Islam (Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim Rahimahullah) PENGAJARAN : 1. Wajah bukanlah segalanya-galanya. Pilihlah kerana agamanya. Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bersabda : Seseorangwanita dinikahi kerana empat perkara ; kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana
kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, pasti kamu beruntung. (Riwayat Muslim) 2. Jodoh dan ajal merupakan ketetapan tuhan. Usai dipertikaikan. 3. Bersangka baiklah
dengan ketentuan Allah. “ Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

KenaPa Aku HArus Bersedih....


Assalamulaikum W.B.T salam jumaat...hari ini aq rasa sedih...kerana..bnyak perkara yang berlaku membuatkan aq sedih..kelmarin aq bercakap dengan ibu aku tetapi aku...bercakap dengan marah kerana ibu aq memanggil aq bodoh....astgafirullahalhazim....aq tidak menyangka sepatutnya seorang ibu kena sedar memanggil anak Bodoh merupakan satu doa....jadi aku tidak tahan dan terus marah....mengapa..!!!!...aq pun tidak tahu mungkin aq susah menerima teguran....namun aq berfikir sejenak....apa yang aq telah lakukan ini...aq beristighfar.....

Aku sedih kerana memikirkan  dosa-dosa ku yang lalu...adakah Allah S.W.T mahu mengampunkan aku...????

Aku sedih kerana memikirkan masa depan anak-anak ku...??

Aku sedih kerana aku belum menyenangkan kedua ibubapa ku...?

Aku sedih kerana kurangnya ilmu agamaku...??

Namun aku tidak akan berputus asa..kerana...Allah S.W.T itu maha pengampun lagi maha pemurah..
aku kan berusaha untuk menyediakan keperluan anak-anak ku di masa hadapan nanti...
aku akan berusaha untuk menyenangkan kedua ibubapaku...
aku akan berusaha untuk membuat perubahan kepada yang lebih terbaik...


Biarlah hidup kita di pandang hina...yang penting kita berubah daripada yang hina kepada yang lebih terbaik....Amin

Wednesday, 5 December 2012

Wudhu untuk kebersihan dan cahaya


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w pernah berziarah ke kuburan lalu berkata:

''keselamatan atas kamu wahai tempat orang-orang beriman, dan kami inshaallah akan menyusul kamu dalam waktu terdekat. Alangkah rindunya aku untuk segera dapat melihat saudara-saudara kami.''

Lalu para sahabat bertanya: ''Bukankah kami adalah saudara-saudaramu, wahai Rasullullah?'' Rasullullah menjawab: '' kamu adalah sahabat-sahabatku dan saudara-saudara kita adalah yang belum datang(kepada masa kita).''

Para sahabat bertanya lagi: ''Bagaimana engkau mengetahui siapa yang belum datang dari umatmu, wahai Rasullullah:''

Beliau bersabda: ''Tidakkah engkau ketahui jika seseorang mempunyai kuda yang putih bercahaya berada di antara kuda-kuda yang hitam, apakah ia dapat mengetahui kudanya.?''

Para sahabat pun berkata: '' tentu dia dapat mengetahuinya wahai rasullullah.'' Belaiu bersabda: '' Sesungguhnya mereka akan datang nanti dengan wajah yang bercahaya kerana bekas wudhhunya.''(HR.Muslim)

Engkau memang benar, wahai rasullullah. Tanda mereka terlihat di wajah mereka yang mengeluarkan sinar dari cahaya wudhu yang menerangi mereka.

Adapun maksud kuda yang putih wajahnya adalah kuda yang warna putih kulitnya lebih bnyak daripada warna hitamnya. Dan kuda ini dapat dengan cepat diketahui perbezaannya dengan yang lain, iaitu dari tanda khusus yang ada padanya.

Adapun manusia dihari kiamat kelak terdiri dari pelbagai jenis kulit. sebahagian mereka ada yang wajahnya hitam disebabkan kekafiran mereka dan sebahagian yang lain wajahnya putih disebabkan oleh keimanan, ibadah, dan ketaatan mereka yang baik, serta pengakuan mereka atas tuhannya. Tidakkah sulit bagi Rasullullah untuk membezakan saudaranya ketika itu.

Bekas wudhu adalah tanda solat dan khusyuk dalam rukuk dan sujudnya. ia tanda puncak ibadah dan ketaatan yang tertinggi. Dan engkau wahai anak-anakku yang tercinta sering mendengar pesan Rasullullah s.a.w yang menyuruhmu melaksanakan solat. Akan tetapi, salah satunya mengundang perhatian dan pemikiran khusus kerana ia memiliki ikatan yang kuat dan bermakna sebagaimana yang dipesankan Rasullullah kali ini. Pesan tersebut adalah sabda Rasullullah s.a.w:

''Bagaimana pendapat kamu, jika di depan rumah salah satu di antara kamu mengalir sebuah sungai dan dia mandi di dalamnya lima kali sehari, maka apakah masih ada kotoran yang melekat pada tubuhnya?'' para sahabat menjawab: ''Tentu tidak ada lagi kotoran apa pun yang melekat pada tubuhnya.''

Beliau Bersabda: Demikian pula halnya dengan solat lima waktu, yang dapat menghapuskan segala kesalahan yang melekat pada tubuh.''.(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan ibnu Majah).


ambillah wudhu untuk kau tunaikan solat lima waktu....

Post Pertama AQ hehehe

Post Pertama Aq


Assalamualaikum W.B.T....asalanya aq ada satu blog lagi tapi sayang aq tak dapat buka pulak blog aq tu..jadi terpaksa la aq buka satu lagi blog baru...nie kena buat yang terbaik...sebenarnya aq pun tak tahu sangat nak edit blog nie...tapi akan aku kuatkan semangat kue ini untuk mengedit blog ini secantik-cantik nya..hehehehe...apa pun buat yang terbaik untuk diri sendiri.