Wednesday, 5 December 2012

Wudhu untuk kebersihan dan cahaya


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w pernah berziarah ke kuburan lalu berkata:

''keselamatan atas kamu wahai tempat orang-orang beriman, dan kami inshaallah akan menyusul kamu dalam waktu terdekat. Alangkah rindunya aku untuk segera dapat melihat saudara-saudara kami.''

Lalu para sahabat bertanya: ''Bukankah kami adalah saudara-saudaramu, wahai Rasullullah?'' Rasullullah menjawab: '' kamu adalah sahabat-sahabatku dan saudara-saudara kita adalah yang belum datang(kepada masa kita).''

Para sahabat bertanya lagi: ''Bagaimana engkau mengetahui siapa yang belum datang dari umatmu, wahai Rasullullah:''

Beliau bersabda: ''Tidakkah engkau ketahui jika seseorang mempunyai kuda yang putih bercahaya berada di antara kuda-kuda yang hitam, apakah ia dapat mengetahui kudanya.?''

Para sahabat pun berkata: '' tentu dia dapat mengetahuinya wahai rasullullah.'' Belaiu bersabda: '' Sesungguhnya mereka akan datang nanti dengan wajah yang bercahaya kerana bekas wudhhunya.''(HR.Muslim)

Engkau memang benar, wahai rasullullah. Tanda mereka terlihat di wajah mereka yang mengeluarkan sinar dari cahaya wudhu yang menerangi mereka.

Adapun maksud kuda yang putih wajahnya adalah kuda yang warna putih kulitnya lebih bnyak daripada warna hitamnya. Dan kuda ini dapat dengan cepat diketahui perbezaannya dengan yang lain, iaitu dari tanda khusus yang ada padanya.

Adapun manusia dihari kiamat kelak terdiri dari pelbagai jenis kulit. sebahagian mereka ada yang wajahnya hitam disebabkan kekafiran mereka dan sebahagian yang lain wajahnya putih disebabkan oleh keimanan, ibadah, dan ketaatan mereka yang baik, serta pengakuan mereka atas tuhannya. Tidakkah sulit bagi Rasullullah untuk membezakan saudaranya ketika itu.

Bekas wudhu adalah tanda solat dan khusyuk dalam rukuk dan sujudnya. ia tanda puncak ibadah dan ketaatan yang tertinggi. Dan engkau wahai anak-anakku yang tercinta sering mendengar pesan Rasullullah s.a.w yang menyuruhmu melaksanakan solat. Akan tetapi, salah satunya mengundang perhatian dan pemikiran khusus kerana ia memiliki ikatan yang kuat dan bermakna sebagaimana yang dipesankan Rasullullah kali ini. Pesan tersebut adalah sabda Rasullullah s.a.w:

''Bagaimana pendapat kamu, jika di depan rumah salah satu di antara kamu mengalir sebuah sungai dan dia mandi di dalamnya lima kali sehari, maka apakah masih ada kotoran yang melekat pada tubuhnya?'' para sahabat menjawab: ''Tentu tidak ada lagi kotoran apa pun yang melekat pada tubuhnya.''

Beliau Bersabda: Demikian pula halnya dengan solat lima waktu, yang dapat menghapuskan segala kesalahan yang melekat pada tubuh.''.(HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i dan ibnu Majah).


ambillah wudhu untuk kau tunaikan solat lima waktu....

No comments:

Post a Comment